Wednesday, April 15, 2009

KAUNTER SEMENTARA POS MALAYSIA BERHAD UMSKAL

Pos Malaysia Berhad akan membuka kaunter sementara di UMSKAL bermula pada 20/04/2009. Pembukaan kaunter sementara ini bertujuan untuk memudahkan para pelajar terutamanya yang telah berada di tahun akhir pengajian untuk membuat pengiriman bungkusan-bungkusan mereka.


Adalah difahamkan bahawa jumlah pengambilan pelajar setiap tahun di kampus ini ialah lebih dari 3,000 orang. Ini bermakna jumlah pelajar yang akan membuat pengiriman adalah lebih kurang 3,000 orang juga. Kalau dikira dengan andaian bahawa setiap pelajar mengirim 5 buah bungkusan dengan purata bayaran sebanyak RM12.50, Pos Malaysia Berhad akan memperolehi pendapatan kasar sebanyak RM37,500. Walau bagaimanapun, perlu diambil kira  bahawa kebanyakan pelajar yang akan membuat pengiriman terdiri daripada perempuan. Jika ini telah diambil kira, bermakna jumlah pendapatan kasar adalah dalam lingkungan RM18,000 hingga RM25,000.


Ads by AdGenta.com



Powered by Qumana


No comments: