Menteri besar Terengganu yang ditemuramah oleh wartawan mengenai sepuluh ahli dewan yang tidak menghadiri persidangan kelihatan seperti orang kampung biasa yang tidak tahu apa-apa. Kebanyakan soalan yang diutarakan disambut dengan jawapan 'tidak tahu' disusuli senyuman yang menggambarkan ketidakikhlasan. Tidak profesional langsung dan tidak menunjukkan beliau mempunyai pengalaman yang luas serta berpendidikan.
Gerak geri beliau semasa ditemubual seperti yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3 menunjukkan ketidakprihatin beliau terhadap Negeri yang diketuainya. Asyik tersengih dan kelihatan seperti tidak pasti dengan jawapannya sendiri.
Sebagai Menteri Besar yang mengetuai sesebuah negeri, beliau sepatutnya memberikan respon kepada wartawan secara profesional dan berkebolehan menutupi kelemahannya supaya tidak dilihat serong oleh rakyat terutamanya Negeri Terengganu.
Powered by Qumana
No comments:
Post a Comment